SMKSegambut


Latar Belakang/Sejarah
July 26, 2009, 3:35 pm
Filed under: Profil

• Pada tanggal 1 November 2002, Puan Hjh Che Sepora mula mendaftar diri sebagai Pemangku Pengetua SMK Segambut.

• Pertengahan November 2002, SMK Segambut mula menerima pendaftaran pelajar-pelajarnya buat julung kalinya.

• Penghujung November 2002 , SMK Segambut mula menerima secara beransur-ansur perabot, kelengkapan kelas , peralatan makmal & bengkel dan kelengkapan pejabat yang berkaitan daripada Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan .

• 6 Januari 2003, SMK Segambut memulakan sesi persekolahan secara rasminya. Guru perintis pada ketika itu ialah :

o Puan Hjh Che Sepora bt Din
o Puan Hjh Dianna bt Subki
o Puan Gladys Francis Joseph
o Puan Ang Li Li
o Puan Noor Alaza bt Ariffin
o Puan Hjh Zurainie bt Md Salleh Dzulkefli
o Encik Badrul Hisham b Bahari
o Puan Harlina binti Abdul Rahman.

• Pelajar-pelajar perintis SMK Segambut di tempatkan di dalam 1 kelas Peralihan, 8 kelas Tingkatan 1 & 2 kelas Tingkatan 2.

• 1 April 2003, SMK Segambut mula menerima kedatangan Pengetuanya yang pertama iaitu Tuan Haji Rosli bin Suleiman. Puan Hjh Sepora pula telah dilantik sebagai Guru Penolong Kanan Pentadbiran.

• Akhir 2003, jumlah keseluruhan guru SMK Segambut ialah 25 orang dan 5 orang staf sokongan.

• Ogos 2004, peperiksaan Penilaian Menengah Rendah pertama kali diadakan.

• November 2006, peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pertama kali diadakan.






Comments are closed.



%d bloggers like this: